Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat Pejabat Residen Bahagian Kapit
  • TEMPATAN

Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat Pejabat Residen Bahagian Kapit

Utusan Sarawak 1 day ago
SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat rombongan daripada Pejabat Residen Bahagian Kapit di pejabat beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat rombongan daripada Pejabat Residen Bahagian Kapit di pejabat beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Rombongan yang diketuai Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit itu bertujuan membincangkan beberapa isu penting yang berkaitan dengan perancangan serta pelaksanaan pembangunan di Bahagian Kapit.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi aspek pengukuhan kapasiti organisasi dan pelaksanaan aktiviti semasa Pejabat Residen Kapit dalam usaha menyokong pembangunan serta kebajikan masyarakat setempat.

Turut hadir barisan pegawai kanan dari Pejabat Residen Bahagian Kapit yang terlibat secara langsung dalam pelbagai portfolio pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam di kawasan tersebut.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Serian Agrofest 2025 dijangka tarik 4,000 pengunjung
Next: Affin Bank dicadang buka cawangan baharu di Permyjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.