Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Serian Agrofest 2025 dijangka tarik 4,000 pengunjung
  • TEMPATAN

Serian Agrofest 2025 dijangka tarik 4,000 pengunjung

Utusan Sarawak 21 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menghadiri Program Serian Agrofest 2025 di Dataran Mutiara Tebedu pada hari ini. Foto UKAS

TEBEDU: Serian menjadi lokasi ketiga dalam siri Jelajah Agrofest anjuran Jabatan Pertanian Sarawak peringkat bahagian yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 25 Mei ini.

Program ini menyasarkan kehadiran seramai 4,000 pengunjung dan menjana pendapatan sebanyak RM100,000, menerusi pameran produk serta teknologi terkini dalam sektor pertanian.

Majlis perasmian Program Serian Agrofest 2025 telah disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di Dataran Mutiara Tebedu pada hari ini.

Acara ini berlangsung di Dataran Mutiara, Tebedu dari 2.30 petang hingga 5.00 petang dan dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Serian.

Sebanyak 62 gerai pameran dibuka pada edisi kali ini, terdiri daripada 30 booth agensi kerajaan dan 32 booth usahawan serta syarikat swasta, selain turut menampilkan pameran laman ternakan sebagai antara tarikan utama.

Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dan beberapa syarikat pertanian swasta yang aktif di negeri ini.

Menariknya, festival kali ini turut diserikan dengan acara “Panu Birantan” atau Perarakan Gawai yang bukan sahaja disertai oleh suku kaum Dayak seperti Bidayuh, Iban dan Orang Ulu, tetapi juga masyarakat Melayu dan Cina di Bahagian Serian.

Selain itu, beberapa usahawan tempatan telah menerima Anugerah Usahawan Jaya atas kejayaan masing-masing dalam sektor pertanian iaitu Polok Lakeng (Tanaman Makanan), Tan Yek Hong (Industri Asas Tani), Chua Hua Beng, Akuakultur (Perikanan Darat) dan Emmanuel Henry Bujang (Penternakan).

Acara kemuncak Sarawak Agrofest 2025 dijadual berlangsung dari 22 hingga 31 Ogos 2025 di Bintulu.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PERKESO amnesty urged amid tragic factory death in Kuching 
Next: Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat Pejabat Residen Bahagian Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.