Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bomba selamatkan kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta
  • KEMALANGAN

Bomba selamatkan kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta

Utusan Sarawak 14 hours ago
BOMBA menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terperangkap dalam sebuah kereta petang ini.
Foto BBP Padungan

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam sebuah kereta di hadapan premis Satex, India Street, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.11 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai terkunci secara tidak sengaja, selepas ditinggalkan seketika oleh ibu bapanya.

“Sebaik tiba 4.14 petang, pasukan penyelamat mendapati seorang kanak-kanak berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan terkunci.

“Anggota bertindak pantas membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada ibu bapa dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.20 petang setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki maut terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.