Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki maut terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal
  • KEMALANGAN

Dua lelaki maut terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal

Utusan Sarawak 23 hours ago
DUA lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal tongkang ketika menjalankan kerja penyelenggaraan. Foto BBP Sibu Sentral

SIBU: Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal tongkang ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di kawasan berhadapan Toyota Centre, Lorong Lanang 61 di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ting Tung Hu, 48, dan Tang Sing Kok, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas usaha menyelamat dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral.

DUA lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal tongkang ketika menjalankan kerja penyelenggaraan. Foto BBP Sibu Sentral

Ketua Zon Sibu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.21 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati dua mangsa telah terjatuh ke dalam ruangan sempit kapal kira-kira 9.00 pagi ketika sedang mengepam air sebelum memulakan kerja mengimpal.

“Mangsa pertama ditemui dalam keadaan telungkup di tepi tangga manakala mangsa kedua dalam keadaan telentang, kira-kira satu meter dari lokasi mangsa pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan dengan menggunakan alat pernafasan sebelum mangsa diikat dengan tali dan ditarik keluar menggunakan sistem takal, dengan anggaran kedalaman tiga meter dari tempat mangsa ditemui ke permukaan kapal.

“Kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.


Andy mengesahkan punca kematian dipercayai akibat terhidu gas bertoksik yang terdapat di dalam ruang tertutup kapal berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki rentung dalam kemalangan
Next: Bomba selamatkan kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.