Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Didakwa ugut bunuh ibu bapa dan lakukan khianat, lelaki mengaku tidak bersalah
  • MAHKAMAH

Didakwa ugut bunuh ibu bapa dan lakukan khianat, lelaki mengaku tidak bersalah

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut kedua-dua orang tuanya, 30 Mac lepas.

Tertuduh, Julian Martin, 33, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Jessica Lee Suk Kiun bagi pertuduhan khianat dengan merosakan televisyen dan mesin basuh milik ibunya.

Untuk setiap pertuduhan, mahkamah membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM1,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan lanjut kes.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Julian didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian ibu dan ayahnya, dengan niat untuk mencetuskan kegentaran kepada mangsa.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Julian didakwa melakukan khianat dengan merosakan televisyen dan mesin basuh milik ibunya, sehingga menyebabkan ibunya menanggung kerugian.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Julian dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah sewa di Jalan Long Bridge pada 30 Mac 2025, lebih kurang 1.30 petang.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: SPRM akan rakam keterangan Jovian Mandagie, kes rasuah Ismail Sabri
Next: Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan- AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.