Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saksi sahkan bekalan bantuan pertama sampai kepada penduduk Gaza
  • GLOBAL

Saksi sahkan bekalan bantuan pertama sampai kepada penduduk Gaza

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG pekerja bekerja di sebuah kedai roti di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza, selepas Israel membenarkan bantuan kemanusiaan terhad memasuki wilayah Palestin pada 22 Mei 2025. Pejabat media kerajaan Hamas melaporkan ketibaan 87 trak bantuan, diperuntukkan kepada organisasi antarabangsa dan tempatan untuk memenuhi ‘keperluan kemanusiaan yang mendesak.’ Foto AFP

KAHERAH: Bantuan kemanusiaan pertama berjaya disalurkan ke Gaza selepas hampir tiga bulan sekatan Israel, di tengah amaran pertubuhan antarabangsa mengenai kebuluran kritikal, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebanyak 87 lori membawa tepung, makanan dan bekalan perubatan memasuki kawasan itu sepanjang malam, kata Naib Presiden Persatuan Penghantara Kargo Persendirian Gaza, Jihad Islim.

Konvoi itu menuju ke kawasan Deir al-Balah dan Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, katanya.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan ketibaan kira-kira 90 buah lori dan kandungan muatan bantuan berkenaan.

Beberapa pemilik kedai roti dan saksi memaklumkan bahawa sesetengah kedai roti di kawasan terbabit mula membakar roti menggunakan tepung yang diterima sejak awal pagi dan mengedarkannya kepada penduduk.

Bagaimanapun, petugas bantuan tempatan dan antarabangsa menegaskan bahawa jumlah bekalan yang tiba setakat ini hanyalah sebahagian kecil dan jauh daripada mencukupi.

Menurut maklumat terdahulu PBB, kira-kira 500 penghantaran bekalan diperlukan setiap hari bagi menampung keperluan kira-kira dua juta penduduk Palestin di Gaza.

Pengarah Rangkaian NGO Palestin di Gaza, Amjad Shawa berkata tiada bantuan yang telah sampai ke utara Gaza, kawasan yang paling terjejas dan sangat memerlukan bantuan.

Beliau berkata bahawa lori-lori yang tiba hanyalah sebahagian kecil daripada keperluan asas yang amat diperlukan.

Israel menarik balik sekatan hampir tiga bulan ke atas bantuan kemanusiaan pada Ahad, namun beberapa lori yang dibenarkan masuk ke kawasan terkepung itu masih tersadai berdekatan pintu sempadan selama beberapa hari kerana laluan yang dicadangkan terlalu berbahaya, menurut PBB.

Israel memberi alasan bahawa sekatan bertujuan menghalang kumpulan Palestin, Hamas daripada mencuri bekalan bantuan dan menjualnya di pasaran gelap bagi membiayai pejuang dan senjata.

Namun, PBB menegaskan bahawa Israel tidak mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan itu.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Nepal teliti penggunaan gas xenon oleh pendaki Britain di Everest
Next: Pasukan penyelamat Indonesia temui 15 mayat mangsa banjir di Papua Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.