Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS pantau penurapan semula Jalan Teku elak risiko pengguna
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS pantau penurapan semula Jalan Teku elak risiko pengguna

Utusan Sarawak 16 hours ago
PANTAU… Izkandar (tiga, kanan) turun padang melakukan pemeriksaan kerja-kerja penurapan semula di Jalan Teku, melibatkan regangan jalan beralun menuju ke Jalan Trusan, semalam.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah menjalankan pemeriksaan ke atas kerja-kerja penurapan semula di Jalan Teku, yang melibatkan kawasan jalan beralun menuju ke Jalan Trusan, semalam.

Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, berkata kerosakan jalan di lokasi berkenaan berpunca daripada ketidakstabilan tanah serta tekanan berterusan daripada kenderaan berat yang sering menggunakan laluan itu.

“Sebagai langkah segera, kerja tampalan awal telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya.

“Penurapan lapisan kedua dijadualkan dilaksanakan hari ini bagi melengkapkan proses pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

MPS turut menasihatkan orang awam agar mematuhi arahan keselamatan di kawasan terbabit serta bersabar sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Turut hadir meninjau kerja-kerja di tapak ialah Naib Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Trafik MPS Kaunselor Rory Wong, Penolong Jurutera MPS Ajrul Izzan, serta wakil kontraktor yang terlibat dalam projek berkenaan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Siren tsunami di Miri dinaik taraf, ujian dijadual 23 Mei ini
Next: DUN: Kekurangan infrastruktur asas di Lingga perlu tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.