Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kecemerlangan belia Sarawak terserlah di pentas Toastmasters Asia
  • SEMASA

Kecemerlangan belia Sarawak terserlah di pentas Toastmasters Asia

Utusan Sarawak 1 day ago
AZAM Toastmasters Club dan AZAM Young Souls (AYS) bergambar bersama trofi kejayaan mereka sempena Persidangan Tahunan Toastmasters ke-15 yang berlangsung di Bandung, Indonesia.

BANDUNG: Dua inisiatif utama di bawah naungan Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila meraih pengiktirafan tertinggi dalam dunia pengucapan awam sempena 15th Annual Toastmasters Conference 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei di Bandung, Indonesia.

Persidangan berprestij yang menghimpunkan ratusan ahli Toastmasters dari seluruh District 87 menyaksikan AZAM Toastmasters Club dan AZAM Young Souls (AYS) Toastmasters Club mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam pembangunan bakat kepimpinan dan komunikasi belia di rantau ini.

AZAM Toastmasters Club yang telah beroperasi selama lebih dua dekad, dianugerahkan Club Strength Award sebagai pengiktirafan atas kejayaannya mengekalkan keahlian aktif dan melaksanakan inisiatif rekrutmen yang konsisten.

Kelab itu turut menerima President’s Distinguished Club Award, anugerah tertinggi daripada Toastmasters International selepas berjaya memenuhi kesemua penunjuk prestasi utama (KPI).

Lebih membanggakan, kelab ini mengekalkan prestasi cemerlang tersebut setiap tahun sejak sesi 2005/2006.

Bendahari kelab, Abdul Al-Azim Bin Ismail, turut mengharumkan nama Sarawak apabila dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Pidato District 87 menerusi pidatonya yang menyentuh hati dan memberi inspirasi bertajuk “Untunglah.”

Ahli-ahli kelab lain juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dalam usaha memperkasa kemahiran peribadi masing-masing.

Dalam perkembangan sama, AYS Toastmasters Club, yang secara rasmi ditubuhkan kurang daripada setahun lalu turut mencipta kejayaan awal apabila menerima Distinguished Club Award daripada Toastmasters International.

Kejayaan ini mencerminkan potensi AYS sebagai kuasa baharu dalam pembangunan belia yang berani, berkeyakinan dan berwibawa.

Presiden AYS, Ryshaune Lee, turut menerima High Five, Fabulous Five Award selepas berjaya menaja lima ahli baharu, sekali gus menunjukkan semangat kepimpinan dan pertumbuhan dinamik dalam kalangan ahli muda kelab tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa belia Sarawak mampu menyerlah di peringkat antarabangsa apabila diberi peluang dan kepercayaan.

“Pencapaian ini membuktikan keberkesanan model pembangunan kepimpinan dan komunikasi yang diterapkan oleh AZAM selama ini.

Semangat Movement for Progress yang menjadi teras misi kami terus menyemarakkan usaha memperkasa belia bukan sahaja sebagai peserta, tetapi sebagai pemimpin masa depan yang inklusif, berdaya saing dan berkeyakinan dalam membentuk masa depan negeri dan negara,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program Sahabat Maktab perkukuh operasi Masyair haji Malaysia 1446H/2025M
Next: DUN: Sarawak laksana sistem permit ketat lindungi hutan bakau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.