Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam nahas pesawat ringan di California
  • GLOBAL

Dua maut dalam nahas pesawat ringan di California

Utusan Sarawak 19 hours ago
AHLI Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berdiri di hadapan sebuah rumah yang rosak selepas sebuah pesawat kecil terhempas ke kawasan kejiranan awal pagi ini, menyebabkan rumah dan kenderaan terbakar pada 22 Mei 2025 di San Diego, California. Sekurang-kurangnya dua orang maut selepas pesawat Cessna 550 terhempas ke jalan kediaman di Murphy Canyon, menyebabkan pemindahan selepas bangunan rosak. FOTO AFP

HOUSTON: Sebuah pesawat kecil terhempas di sebuah kawasan kejiranan di San Diego, California, Amerika Syarikat, awal Khamis, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut.

Lapan lagi cedera apabila pesawat peribadi jenis Cessna 550 itu terhempas di kawasan perumahan tentera dan kira-kira 100 penduduk telah dipindahkan susulan kejadian tersebut, kata Jabatan Polis San Diego menerusi platform X,lapor Anadolu Ajansi.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini berada di lokasi kejadian dan telah mengambil alih siasatan, menurut kenyataan itu dan punca nahas masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego berkata, pesawat peribadi itu terhempas ke unit perumahan tentera, melibatkan kira-kira 15 buah rumah serta menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan terbakar.

“Saya sendiri telah berjalan di kawasan itu, dan keadaan di jalan tersebut kelihatan seperti dalam filem,” kata Penolong Ketua Bomba San Diego, Dan Eddy.

Forrest Gallagher, penduduk di kawasan tersebut, memberitahu NBC News bahawa dia terdengar satu “dentuman kuat” yang mengejutkannya dari tidur lena.

“Saya keluar ke jalan bersama jiran-jiran, dan terhidu bau terbakar yang pelik, seperti bau getah dan plastik,” kata Gallagher”.

“Saya keluar untuk melihat keadaan sekeliling dan ketika itulah saya nampak kereta sedang terbakar.”

Eddy berkata kepada wartawan bahawa lebih daripada seorang maut namun beliau tidak mempunyai jumlah rasmi.

Beliau menyatakan pesawat tersebut boleh memuatkan lapan hingga sepuluh orang termasuk juruterbang tetapi pihak berkuasa belum mengetahui bilangan sebenar penumpang semasa kejadian.

Namun begitu, Eddy mengesahkan bahawa semua mangsa yang maut berada dalam pesawat dan tiada kematian dalam kalangan penduduk kejiranan.

“Kami percaya terdapat beberapa kematian tetapi kami perlu menjalankan pemeriksaan rapi untuk memastikan jumlah sebenar,” katanya.

Pihak bomba memaklumkan bahawa beberapa kawasan kejiranan telah dipindahkan disebabkan tumpahan bahan api yang berlaku akibat nahas itu.

“Kami mempunyai tumpahan bahan api jet di merata tempat,” katanya.

“Pasukan HAZMAT telah berada di lokasi dan kami telah meminta lebih banyak sumber bantuan.”

Sementara itu, Ketua Polis San Diego, Scott Wahl berkata, terdapat bahan api jet mengalir di jalan dan segala-galanya terbakar secara serentak.

“Ia sungguh mengerikan untuk dilihat,” kata Wahl. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini
Next: Nepal teliti penggunaan gas xenon oleh pendaki Britain di Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.