Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak, Indonesia selaraskan pengambilan pekerja asing – Dr Rundi
  • SEMASA

Sarawak, Indonesia selaraskan pengambilan pekerja asing – Dr Rundi

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

PETRA JAYA: Sarawak dan Indonesia mengambil langkah memperkukuh kerjasama dua hala dalam pengurusan pekerja migran dengan memberi tumpuan kepada kelancaran proses pengambilan, peluasan sektor pekerjaan dan peningkatan perlindungan kebajikan pekerja.

Inisiatif berkenaan diputuskan dalam pertemuan antara Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia Abdul Kadir Karding di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

MENTERI Perlindungan Pekerja Migran Indonesia Abdul Kadir Karding.

“Kita memahami bahawa proses pengambilan pekerja harus lebih lancar dari segi kebajikan dan perlindungan.

“Kita juga mengalu-alukan pekerja bukan sahaja di sektor ladang tetapi juga sektor profesional seperti doktor haiwan dan jurutera,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Abdul Kadir.

Dr Rundi berkata Sarawak dan Indonesia akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh hubungan termasuk menangani isu pekerja tanpa dokumen secara sistematik.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata Indonesia bersedia menghantar lebih ramai tenaga kerja berkualiti dan berkemahiran tinggi ke Sarawak sejajar dengan keperluan pelbagai sektor di negeri berkenaan.

Beliau berkata Indonesia kini mempunyai 152.2 juta tenaga kerja terlatih serta berkelayakan untuk pasaran antarabangsa.

Abdul Kadir berkata isu pekerja tidak sah turut dilihat sebagai beban kepada kedua-dua negara, kerana mereka tidak dapat diberikan perlindungan sewajarnya serta berpotensi menimbulkan masalah sosial dan undang-undang.

“Selain itu, fokus kami adalah dari segi perlindungan pekerja migran, penekanan terhadap isu pekerja Indonesia yang tidak sah (non-procedural). 

“Indonesia sedang membaiki sistem dalaman untuk mengurangkan penghantaran pekerja secara tidak sah. Kami berharap Malaysia turut mempunyai dasar yang menyokong usaha mengurangkan pekerja tidak sah,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Fasiliti keusahawanan belum dirancang di Balingian, tumpuan di Mukah
Next: Deklarasi Petros-Petronas, kerangka baharu kerjasama strategik, harmoni – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.