Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPRS Sarawak dimulakan di Asajaya, Madeli Lani terima rumah pertama
  • TEMPATAN

PPRS Sarawak dimulakan di Asajaya, Madeli Lani terima rumah pertama

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Rubiah Wang menyerahkan replika kunci rumah kepada Madeli Lani, penerima pertama rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Sarawak pada sesi walkabout di Kampung Asajaya Laut, Asajaya, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Seorang pembantu peniaga ikan, Madeli Lani, 53, menjadi penerima pertama rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Sarawak, sekali gus menandakan detik bersejarah dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan luar bandar.

Penyerahan rasmi rumah baharu itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, dalam sesi walkabout di Kampung Asajaya Laut, Asajaya, hari ini.

Menurut Rubiah, PPRS merupakan kesinambungan kepada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah diperkenalkan semula pada 1 Oktober 2024 dengan pelbagai penambahbaikan.

“Antara penambahbaikan utama adalah peningkatan kadar bantuan kepada RM85,000 bagi setiap unit rumah baharu di Sarawak, manakala bantuan untuk baik pulih rumah sedia ada dinaikkan kepada RM20,000.

“Rumah-rumah PPRS kini berkeluasan 680 kaki persegi dengan reka bentuk fleksibel, mesra syariah, dan boleh disesuaikan mengikut saiz lot tanah,” jelasnya.

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), ujarnya, kerajaan telah memperuntukkan RM377.7 juta untuk Sarawak bagi pembinaan 2,317 unit rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih ke atas 10,629 unit rumah, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 64,000 isi rumah.

Bagi 2025 sahaja, Rubiah, berkata peruntukan sebanyak RM112.4 juta disediakan, melibatkan pembinaan 703 unit rumah baharu serta baik pulih 2,191 unit rumah di negeri ini.

“KKDW komited untuk memastikan penduduk luar bandar, khususnya di Sarawak, terus menikmati kemudahan perumahan yang berkualiti sejajar dengan agenda pembangunan desa yang inklusif dan mampan,” tegas Rubiah.

Madeli Lani, penerima rumah tersebut, meluahkan rasa syukur dan terharu atas bantuan kerajaan yang disifatkannya sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ACP Alexson Naga Chabu lakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar DBKU
Next: Mancha working visit to Simunjan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.