Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Pembangunan menyeluruh demi masa depan mampan Tamin
  • WILAYAH

DUN: Pembangunan menyeluruh demi masa depan mampan Tamin

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang semasa sesi soal jawab pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin kini sedang melalui pelbagai pembangunan penting yang memberi tumpuan kepada infrastruktur, bekalan air dan elektrik luar bandar, sambungan internet, serta pemindahan sekolah yang terjejas banjir demi masa depan yang lebih baik dan mampan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang menegaskan komitmen kerajaan dalam memperbaiki infrastruktur jalan raya yang menjadi nadi utama kemajuan kawasan ini.

“Projek jalan seperti Jalan Sapudun Balingian dan Jalan Ng Sekuau sedang dalam proses siap dan akan membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini. 

Mengenai isu bekalan air yang sering menjadi cabaran penduduk luar bandar, beliau menyatakan bahawa loji rawatan air Stapang/Sekuau dan Selangau yang akan siap tidak lama lagi akan menyelesaikan masalah ini.

“Akses kepada air bersih dan boleh dipercayai adalah keperluan asas yang harus dipenuhi. Loji ini membuatkan, kualiti hidup penduduk luar bandar akan meningkat dengan ketara,” ujarnya.

Bekalan elektrik juga mendapat perhatian khusus bagi memastikan tiada gangguan bekalan di kawasan pedalaman.

“Kami sedang memperkukuh jaringan elektrik agar bekalan sentiasa stabil dan boleh menyokong keperluan rumah serta perniagaan kecil di kawasan luar bandar,” tambahnya.

Mengenai sekolah yang kerap terjejas akibat banjir, beliau menegaskan bahawa langkah pemindahan sekolah sedang diatur.

“Sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat untuk memastikan keselamatan pelajar dan kesinambungan pembelajaran mereka.

“Visi kami adalah untuk mewujudkan kawasan yang infrastruktur menyokong pembangunan, bekalan utiliti mencukupi dan pendidikan yang berkualiti demi kesejahteraan setiap keluarga di Tamin,” ujarnya.

Oleh Amanda L

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: New Saujana–Kg Benuk bus route launched
Next: DUN: Pembinaan rumah kos rendah, sederhana di Jepak diperhebat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.