Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat MEASAT
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat MEASAT

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima kunjungan hormat daripada MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd., diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim (tiga kanan). -Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. di pejabat beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya.

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd., Yau Chyong Lim berkongsi sedikit sebanyak mengenai perancangan masa depan syarikat berkenaan di Sarawak.

“Pihak kami juga memaklumkan kepada Premier mengenai sumbangan dan penglibatan MEASAT dalam komunikasi di Sarawak,” ujarnya ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa MEASAT telah dilantik sebagai perunding bagi membangunkan pelan hala tuju aeroangkasa Sarawak oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

“Kami membantu SMA dalam pembangunan pelan yang telah pun dibentangkan kepada Premier,” katanya.

Beliau menambah bahawa perincian lanjut mengenai pelan itu akan diumumkan sendiri oleh Abang Johari pada masa yang sesuai.

MEASAT merupakan pembekal utama perkhidmatan komunikasi dan video kepada penyiar terkemuka, platform Siaran Terus ke Rumah (DTH), dan pengendali telekomunikasi, dengan liputan meliputi 130 buah negara yang merangkumi 80 peratus daripada populasi dunia di Asia, Afrika, Eropah dan Australia.

MEASAT diiktiraf sebagai Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar utama di Malaysia menerusi perkhidmatan satelit jalur lebar CONNECTme NOW, perkhidmatan Hotspot WiFi berkelajuan tinggi yang sesuai digunakan secara awam di kawasan yang kurang mendapat liputan atau tidak mendapat liputan langsung di Malaysia.

CONNECTme NOW membolehkan pengguna mengakses internet dengan membeli Kod Akses Prabayar (PAC) pada harga yang berpatutan dalam pakej kecil mengikut keperluan mereka, sekali gus meningkatkan kemampuan dengan menghapuskan keperluan kontrak jangka panjang dan bayaran pendahuluan yang tinggi.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Ketua Penasihat Undang-Undang MEASAT, Tan Lian Kim, Naib Presiden IT dan Transformasi Digital, Mohd Akmal Yahaya dan Pengurus Kanan MEASAT, Komunikasi Korporat MEASAT, Shawna Felicia. -JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Dua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan diluluskan
Next: AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.