Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengangguran di AS meningkat
  • GLOBAL

Pengangguran di AS meningkat

Utusan Sarawak 5 years ago
SECARA keseluruhan, sebanyak 52.7 juta tuntutan faedah pengangguran dikemukakan dalam tempoh 18 minggu terakhir, sejak kejatuhan ekonomi akibat wabak Covid-19. • Foto Bernama

WASHINGTON: Jumlah pengangguran di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 1.4 juta minggu lalu di tengah-tengah kebangkitan semula kes Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik data Jabatan Tenaga Kerja pada Khamis.

Pada minggu berakhir 18 Julai, jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah pengangguran melonjak kepada 109,000 orang berbanding 1,307,000 pada minggu sebelumnya, kata jabatan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 52.7 juta tuntutan faedah pengangguran dikemukakan dalam tempoh 18 minggu terakhir, sejak kejatuhan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Ketika sekatan pergerakan jumlah pengangguran melonjak kepada tiga juta, mencecah rekod 3.3 juta pada minggu berakhir 21 Mac, ia kemudian meningkat dua kali ganda, 6.87 juta pada minggu  berakhir 28 Mac. Selepas itu, angka menurun, namun masih di paras tinggi dalam sejarah negara itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: AS lulus RUU perbelanjaan dasar pertahanan
Next: Colombia perketat ‘lockdown’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.