Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor bantu mangsa kebakaran
  • Selatan
  • WILAYAH

Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor bantu mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 22 hours ago
PERTUBUHAN Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak dekat sini hari ini.  -Foto Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman

LUBOK ANTU: Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman telah tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak dekat sini hari ini.

Setiausahanya, Tay Cho Seng berkata nasib kesemua penghuni rumah panjang terbabit yang tinggal sehelai sepinggang telah mendapat perhatian daripada pihaknya untuk menghulurkan sumbangan.

“Sebagai menyahut seruan murni Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman yang berpegang pada prinsip ‘mengamalkan kasih sayang serta membantu mereka yang dalam kesusahan’, Pemuda Pertubuhan telah melancarkan misi bantuan kecemasan dengan segera.

“Kutipan derma telah diadakan dan digunakan untuk membeli keperluan asas seperti tilam, bantal dan makanan bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan,” katanya.

Tay berkata dalam masa yang sama, usaha ini turut menerima sokongan padu daripada ahli-ahli pertubuhan, para penderma dan orang awam yang prihatin. 

“Mereka telah menyumbangkan pelbagai barangan termasuk pakaian, makanan kering dan barang keperluan harian lain. 

“Tengah hari tadi, ahli jawatankuasa pertubuhan ini bersama barisan pemuda telah mengunjungi Pusat pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Lubok Subong untuk menyerahkan barang bantuan secara rasmi kepada mangsa. 

“Mereka turut melawat lokasi kebakaran untuk meninjau keadaan dan menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa agar terus tabah dan cekal dalam menghadapi ujian ini,” jelasnya.

Tay berkata misi bantuan ini bukan sekadar penyaluran barangan keperluan, malah merupakan pelaksanaan nilai teras pertubuhan antaranya menghulur tangan kepada yang memerlukan, menjunjung nilai kemanusiaan berteraskan kebajikan.

Terdahulu, dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak sekitar jam 10 pagi semalam, sebanyak 15 pintu rumah panjang dua tingkat jenis struktur separuh kekal itu telah terbakar 100 peratus.

Kesemua 15 buah keluarga daripada 40 orang penghuni Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Lubok Subong selepas kejadian kebakaran yang telah memusnahkan kediaman mereka itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hadiah lumayan ditawarkan sempena Pertandingan Memancing Gawai di Saratok
Next: 60 unit lampu solar disumbangkan kepada empat sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.