Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 99 organisasi terima geran khas MRP berjumlah keseluruhan RM382,400
  • Tengah
  • WILAYAH

99 organisasi terima geran khas MRP berjumlah keseluruhan RM382,400

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama sebahagian penerima geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Bintangor, semalam.

BINTANGOR: Sebanyak 99 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, kelab, gereja dan agensi kerajaan menerima geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM382,400.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, peruntukan tersebut disalurkan sebagai usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memperkasakan pembangunan di peringkat komuniti.

Katanya, geran tersebut akan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat, meliputi aspek kebajikan, pendidikan, sukan, keagamaan, kebudayaan dan pembangunan komuniti.

“Penyaluran geran khas MRP mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan di peringkat komuniti terus diperkasakan.

“JKKK, persatuan, kelab, gereja dan agensi kerajaan memainkan peranan penting sebagai rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama sebahagian penerima geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Bintangor, semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan geran khas MRP kepada para penerima di Tingkat 2, Bangunan SUPP Cawangan Bintangor, semalam.

Tambahnya, setiap penerima perlu mengurus dan menggunakan peruntukan yang disalurkan secara amanah, berhemah dan telus.

“Ia supaya setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

“Selain itu, kejayaan sesuatu program bukan sahaja bergantung kepada bantuan kewangan yang diberikan, malah memerlukan kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, pertubuhan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan setiap inisiatif yang dirancang,” katanya.

Tambahnya, organisasi di peringkat komuniti merupakan penggerak penting dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan serta membantu menyampaikan dasar dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah panjang mempunyai lebih 20 pintu boleh memohon melantik seorang tuai rumah
Next: Patriotisme perlu diperkukuh demi pertahan kedaulatan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.