Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 9 disyaki pelombong emas haram maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
  • GLOBAL

9 disyaki pelombong emas haram maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Sembilan individu yang disyaki pelombong emas haram maut selepas tanah runtuh melanda sebuah lokasi perlombongan di daerah Koto VII, wilayah Sijunjung, Sumatera Barat, Indonesia.

Jurucakap Polis Sumatera Barat Komisioner Kanan Susmelawati Rosya berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan semalam ketika 12 pelombong sedang bekerja di lokasi berkenaan.

“Mujur tiga pekerja lombong berjaya diselamatkan daripada timbunan runtuhan. Sementara itu, sembilan lagi disahkan maut,” katanya di Padang, menurut Agensi Berita Antara hari ini.

Susmelawati berkata berdasarkan maklumat yang dikumpulkan polis, tebing terletak kira-kira 30 meter dari kawasan perlombongan dipercayai runtuh secara tiba-tiba ketika pelombong sedang bekerja, menyebabkan mangsa tertimbus di bawah tanah dan runtuhan.

Beliau berkata mangsa ditemukan secara berperingkat semasa operasi mencari dan evakuasi dijalankan anggota polis bersama penduduk tempatan pada petang Khamis, manakala keluarga mangsa segera membawa pulang mayat untuk dikebumikan.

Beliau berkata pihak polis Sumatera Barat dan kerajaan wilayah terus mempergiat usaha membendung aktiviti perlombongan haram menerusi langkah pencegahan, nasihat kepada orang ramai, kempen pendidikan dan operasi penguatkuasaan.

“Pada bulan ini sahaja, kami turut menjalankan operasi berskala besar di Sawahlunto, Solok dan Pasaman. Kami melakukan segala usaha termasuk mencari penyelesaian kekal terhadap masalah ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui aktiviti perlombongan haram sering berulang selepas operasi penguatkuasaan tamat.

“Ya, inilah dilema berkaitan masalah perlombongan haram seperti ini,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 6 migran termasuk remaja ditemukan maut dalam gerabak kereta api Texas
Next: Gempa bumi magnitud 6.3 gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.