Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 9 cedera akibat kilat pada festival sukan di Jerman
  • GLOBAL

9 cedera akibat kilat pada festival sukan di Jerman

Utusan Sarawak 7 hours ago
PETIR cetus panik di festival sukan Jerman, enam mangsa dibawa ke hospital. Foto hiasan

BERLIN: Sembilan orang cedera selepas petir menyambar festival sukan pada waktu malam di negeri barat daya Jerman Baden-Württemberg, kata polis pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Enam dibawa ke hospital, namun tiada mangsa dalam keadaan yang mengancam nyawa, menurut seorang jurucakap.

Beberapa orang telah memasang khemah di padang sukan untuk pesta bola baling di bandar Rastatt berhampiran Karlsruhe apabila ribut teruk melanda wilayah itu.

Seorang wanita cedera ringan akibat sambaran petir kira-kira 100 kilometer tenggara, juga di padang sukan. Perkhidmatan kecemasan membawanya ke hospital.

Ribut teruk disertai hujan lebat melanda sebahagian negeri jiran Rhineland-Palatinate, menyebabkan banjir besar. Anggota bomba bertindak balas terhadap puluhan panggilan kecemasan, bagaimanapun tiada kerosakan besar berlaku.

Di hujung utara Jerman, 13 orang mengalami kecederaan ringan apabila ribut melanda sebuah festival berhampiran bandar Flensburg. Kira-kira 5,000 perserta dipindahkan semalaman buat sementara pada acara di Viol itu, tetapi acara dibenarkan untuk disambung semula pada pagi Sabtu.

Perkhidmatan Cuaca Jerman meramalkan lebih banyak ribut petir bakal berlaku pada Sabtu di kawasan barat dan selatan negara.

Ahli meteorologi sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk wilayah Aachen, Bonn, Cologne, Dusseldorf dan bahagian lain di wilayah Ruhr. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Bayaran visa ke Jepun dinaikkan lima kali ganda bermula Julai
Next: Pelancong maut, perkhidmatan kereta kuda Central Park dihentikan sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.