Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 895 Beg sekolah disumbang kepada pelajar, ringankan beban ibu bapa
  • TEMPATAN

895 Beg sekolah disumbang kepada pelajar, ringankan beban ibu bapa

Utusan Sarawak 15 hours ago
PELAJAR yang menerima sumbangan beg sekolah. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Sebanyak 895 beg sekolah telah diagihkan kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah pada semalam. 

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, sumbangan beg sekolah ini adalah inisiatif berterusan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok. 

“Penyerahan beg sekolah DSH bagi sesi persekolahan 2025 itu adalah kesinambungan komitmen beliau dalam membantu meringankan beban ibu bapa. 

“Setakat ini, program pengagihan sumbangan beg sekolah memasuki hari keempat,” katanya ketika dihubungi media. 

Katanya, murid dan pelajar dari 10 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Sarikei menerima agihan sumbangan beg sekolah tersebut. 

Mereka adalah murid dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Hing, SJKC Su Lok, Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew, SJKC San Ming, SK Adin, SK Sungai Sentebu, SJKC Su Lee, SMK Sarikei Baru, SK Sarikei dan SK Agama Sarikei.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan beg sekolah DSH ialah Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Law Pick Hung, Kapitan Ho Ko Lu, Kapitan Chieng Hei Chin dan Kapitan Ting Sing Fee.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Paulus ziarah mendiang Penghulu Siga
Next: Bomba tingkatkan rondaan, kekang pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.