Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 8 maut bot terbalik terlebih muatan di Guizhou
  • GLOBAL

8 maut bot terbalik terlebih muatan di Guizhou

Utusan Sarawak 5 months ago

Lapan orang maut selepas bot milik kerajaan yang penuh muatan terbalik di wilayah Guizhou, barat daya China pada Rabu

BEIJING: Lapan orang maut selepas bot yang dinaiki terbalik kerana terlebih muatan di wilayah Guizhou, awal minggu ini, menurut pihak berkuasa China, hari ini.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pengurusan Kecemasan Negara, dalam kejadian itu lima mangsa berjaya diselamatkan.

Kenyataan itu memaklumkan, bot itu adalah milik kerajaan dan menyeru supaya pihak berkaitan bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku.

Kementerian itu menyatakan bahawa kapal berkenaan “terbabit dalam aktiviti perniagaan yang membawa penumpang dan terlebih muatan sekali gus melanggar peraturan”.

Menurut seorang individu berhampiran lokasi kejadian kepada Caixin, bot di sungai itu biasanya tidak membawa penumpang.

Kemalangan maut kerap berlaku di China akibat peraturan yang kurang jelas serta penguatkuasaan yang lemah.

Sebagai contoh, satu kemalangan perlombongan di wilayah jiran, Sichuan, meragut lapan nyawa pada Ogos.

Pada Mac, letupan gas di wilayah Hebei di utara China mengorbankan tujuh orang serta mencederakan puluhan yang lain.

Sementara itu di bandar timur Nanjing, seramai 15 orang maut dalam kebakaran bangunan kediaman pada bulan Februari -AFP

Continue Reading

Previous: PM Singapura dijangkiti COVID 19
Next: PM Perancis, Michel Barner disingkir dalam undi tidak percaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.