8 juta yen dilarikan dalam kejadian samun jalanan di Tokyo, 2 suspek diburu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Dua individu dipercayai lelaki melarikan sebuah beg mengandungi kira-kira lapan juta yen (AS$50,000) wang tunai milik seorang wanita warga China berusia lingkungan 60-an di sebuah jalan di Tokyo, menurut polis hari ini, lapor Berita Kyodo.

Mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dalam kejadian berhampiran Stesen Ikebukuro di Daerah Toshima semalam. Polis sedang memburu kedua-dua suspek yang melarikan diri dari lokasi kejadian atas dakwaan samun dan mencederakan orang.

Seorang saksi membuat panggilan kecemasan kira-kira 8.30 malam bagi melaporkan kejadian itu. Menurut polis, kedua-dua suspek dipercayai menyembur mangsa dan memukul kepalanya menggunakan tangan sebelum melarikan beg berkenaan.

Kejadian samun itu berlaku di kawasan yang menempatkan restoran dan kedai. – Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada