Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 795 penghuni penjara di seluruh negara diberikan perintah pelepasan sempena Aidiladha, Gawai, Kaamatan
  • SEMASA

795 penghuni penjara di seluruh negara diberikan perintah pelepasan sempena Aidiladha, Gawai, Kaamatan

Utusan Sarawak 3 hours ago
JABATAN Penjara Malaysia. Foto: Bernama

TAPAH: Sebanyak 795 penghuni penjara di seluruh negara diberikan Perintah Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bersempena dengan sambutan Aidiladha, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Jabatan Penjara Malaysia Hafidz Othman berkata daripada jumlah itu, 764 merupakan lelaki manakala 31 lagi wanita.

Beliau berkata majoriti penghuni yang dipilih untuk program tersebut melibatkan kesalahan dadah dan kesalahan berkaitan dadah, dengan anggaran antara 70 hingga 80 peratus.

“Jika mengikut pecahan, daripada keseluruhan penerima PBSL itu, sebanyak 609 terdiri daripada kaum Melayu, diikuti India (81), Cina (50) dan lain-lain kaum 55 prospek.

“Di Sabah, program turut dilaksanakan di Penjara Kota Kinabalu melibatkan 71 penghuni khusus bersempena dengan Pesta Kaamatan, manakala di Penjara Sibu membabitkan 21 penghuni bersempena dengan sambutan Hari Gawai, manakala di Penjara Tapah 70 prospek mengikuti PBSL,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program PBSL MADANI Yakin (Kepulangan Yang Dinanti), sempena Aidiladha, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di Penjara Tapah, di sini hari ini.

Beliau menegaskan PBSL bukan bentuk pelepasan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya dilaksanakan secara tersusun dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk majikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri.

“Prospek yang menyertai program ini, telah dibekalkan pelbagai kemahiran dan latihan vokasional sepanjang menjalani hukuman bagi membantu mereka kembali menjadi individu produktif.

“Lebih 90 peratus peserta PBSL ketika ini kekal dalam pekerjaan sepanjang mengikuti program berkenaan dan kita harap mereka terus bekerja di syarikat yang memberi peluang kepada mereka, selain menggunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Hafidz berkata PBSL merekodkan peningkatan ketara jumlah permohonan serta kadar kelulusan sejak dilaksanakan pada penghujung 2020.

Beliau berkata statistik kumulatif sehingga April 2026 menunjukkan sebanyak 84,332 permohonan diterima, dengan 78,768 daripadanya diluluskan jawatankuasa penilaian.

Hafidz berkata pada 2025, jumlah permohonan tahunan mencecah paras tertinggi sebanyak 24,346 kes dengan 22,284 permohonan diluluskan atau 91.53 peratus, manakala bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 10,377 permohonan diterima dan 8,748 daripadanya diluluskan, mewakili kadar kelulusan 84.30 peratus. – Bernama 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari beri bayangan pilihan raya negeri semakin dekat
Next: MCMC keluar tuntutan statutori terhadap TikTok gagal sekat kandungan hina institusi diraja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.