Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 79 anak yatim terima sumbangan SEDC
  • TEMPATAN

79 anak yatim terima sumbangan SEDC

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN … Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Iskandar (dua, kanan), Pengetua Rumah Kanak Kanak Toh Puan Hajah Norkiah
semasa majlis penyerahan diadakan pada 20 Mei lalu.

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Seramai 79 anak anak yatim dan dari keluarga kurang berada di Rumah Kanak Kanak Toh Puan Hajah Norkiah telah menerima sumbangan berupa duit raya serta barangan keperluan harian dari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan anak syarikatnya.

Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di kompleks kebajikan itu yang berada di KM 19 Jalan Kuching-Serian dan telah dihadiri oleh Pengurus Besar SEDC, Haji Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir yang mewakili Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Program sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini merupakan acara tahunan yang dianjur SEDC dan bertujuan untuk memberi kebahagian kepada anak anak kurang bernasib di bawah program tanggungjawap sosial korporat (CSR) perbadanan itu.

Abdul Hadi berkata pihak SEDC bersama anak anak syarikat telah menganjur program CSR ini untuk memberi keceriaan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib terutama dikalangan kanak kanak dari keluarga yang kurang bernasib baik kerana mereka memerlukan perhatian, kasih sayang dan keprihatinan dari golongan masyarakat.

“Di samping itu juga program ini juga dapat meringankan bebanan hidup yang mereka hadapi selain memberi peluang kepada kakitangan kami untuk terlibat sama dalam penganjuran aktiviti bercorak kemasyarakatan,” tambah beliau.

Sebelum ini, pihak SEDC turut mengadakan majlis serupa di Kompleks Kebajikan Laila Taib di Jalan Sultan Tengah pada 19 Mei dimana seramai 57 anak anak yatim telah menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan seharian.

Majlis penyerahan sumbangan telah dijalankan secara ringkas dan hanya melibatkan seorang dua wakil pengurusan kompleks kebajikan yang terlibat demi mematuhi perjarakan sosial dan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB),

“Pada kebiasaanya, pihak kami akan menjemput anak anak dari beberapa kompleks kebajikan untuk sama sama berbuka puasa dan menunaikan sembahyang Terawikh dihotel kami di Kuching namun ianya tidak dilaksanakan kali ini kerana terpaksa mematuhi arahan PKPB,” kata Abdul Hadi yang turut diiringi oleh beberapa pegawai kanan dari SEDC.   

Continue Reading

Previous: 9 premis perniagaan dipantau
Next: Batik sarung dapat sambutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.