Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 77,958 golongan ibu terima bantuan BIB sejak 2020
  • TEMPATAN

77,958 golongan ibu terima bantuan BIB sejak 2020

Utusan Sarawak 3 months ago
KENANGAN… Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar kenangan bersama Datuk Mohammad Razi Sitam, Datuk Rosey Yunus, Nur Alina Abdullah @ Colliner Gohe, Salina Bujang dan yang lain selepas lawatan ke Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak, hari ini.

KUCHING: seramai 77,958 golongan ibu di Sarawak telah menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sejak diperkenalkan pada 2020, yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi meringankan beban kewangan selepas bersalin.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, bantuan tunai one-off sebanyak RM450 itu telah melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM35.08 juta sehingga Disember 2024.

Katanya, bantuan berkenaan diberikan kepada ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

LAWATAN… Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan lawatan ke Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak, hari ini.
 

“Inisiatif ini membantu ibu-ibu menyediakan keperluan asas seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Ia bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi tanda keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan ibu dan keluarga,” jelasnya semasa lawatan ke Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak, hari ini.

Malah, beliau turut menekankan perkembangan terkini berkenaan Endowment Fund Sarawak (EFS). Mulai 1 Januari 2025, pengurusan EFS bagi kelahiran bayi baharu akan diselia oleh Affin Bank, manakala kelahiran sebelum 31 Disember 2024 akan terus diuruskan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Pemohon boleh membuat permohonan EFS di 49 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Sarawak bermula 1 Februari ini.

Kemudahan itu dijangka akan mempercepatkan proses pendaftaran serta memberi manfaat kepada lebih ramai anak Sarawak pada masa akan datang.

Sejak diperkenalkan pada 2019, sebanyak 128,687 akaun EFS telah dibuka, melibatkan peruntukan sebanyak RM128.6 juta.

Dana tersebut bertujuan membantu anak-anak Sarawak mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajaran, memulakan kerjaya, atau sebagai modal kecil perniagaan di masa hadapan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap KPWK Nur Alina Abdullah @ Colliner Gohe dan Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KPWK Salina Bujang.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kedamaian, kemakmuran, kejayaan terus sinari TBC 2025
Next: Tahun Ular inspirasi kebijaksanaan, keberanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.