Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 755 kandungan jelik, melampau berkaitan 3R diturunkan
  • NASIONAL

755 kandungan jelik, melampau berkaitan 3R diturunkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

KUALA LUMPUR: Sebanyak 755 kandungan berunsur jelik atau jelik melampau berkaitan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) berjaya diturunkan oleh pemberi perkhidmatan dari 1 Jan 2022 hingga 1 Jun 2026.

Kementerian Komunikasi memaklumkan tindakan itu hasil kerjasama berterusan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pemberi perkhidmatan supaya kandungan melanggar undang-undang serta garis panduan komuniti platform dapat ditangani sewajarnya demi mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam.

“MCMC turut menyiasat aduan yang diterima dan menyediakan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi pertimbangan serta keputusan berkaitan tindakan lanjut termasuk pendakwaan,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) bertanyakan bilangan kes penghinaan terhadap institusi diraja yang dikesan di media sosial bagi tempoh Januari 2023 hingga Mei 2026 serta jumlah siasatan, pendakwaan dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil.

Menurut Kementerian Komunikasi, MCMC juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 65 kes kemudaratan dalam talian berkaitan isu 3R yang melibatkan institusi diraja dari 1 Jan 2023 hingga 31 Mei lepas.

Daripada keseluruhan kes yang dikendalikan, kementerian itu berkata 10 kes telah didakwa di mahkamah, lapan kes dikenakan kompaun dan 27 kes diberikan notis amaran manakala 20 kes masih dalam peringkat siasatan.

“Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus komited memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kandungan berkaitan isu 3R yang melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja, selaras dengan usaha kerajaan untuk memelihara keharmonian masyarakat, menghormati institusi negara dan memastikan ruang digital kekal selamat serta bertanggungjawab,” menurut kementerian itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MA63: 13 perkara selesai, lima isu termasuk pendidikan dikategorikan interim – Mustapha
Next: ASNB isytihar agihan pendapatan 5.5 sen seunit bagi ASB 3 Didik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.