Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 729 WARGANEGARA Berstatus warga asing di Long Singut
  • TEMPATAN

729 WARGANEGARA Berstatus warga asing di Long Singut

Utusan Sarawak 4 years ago
MESRA RAKYAT… Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing bersama penduduk di Long Singut pada 5 April lepas.

KUCHING: Kerajaan Persekutuan digesa untuk meneliti isu yang dihadapi oleh sebanyak 729 penduduk di Kampung Long Singut dengan segera.

Timbalan Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, penduduk di Kampung Long Singut ini masih belum mempunyai status kewarganegaraan walaupun sudah lama menetap di perbatasan.

Katanya, penduduk di kampung ini berhijrah dari Kalimantan pada tahun 60-an dan kebanyakan mereka adalah penduduk generasi kedua dan ketiga di Long Singut.

“Malah anak-anak mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan lima walaupun mereka memperoleh keputusan yang baik dan orang dewasa tidak dapat mencari pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai kad pengenalan.

 “Kerajaan Persekutuan mesti menangani masalah mereka yang tanpa status kewarganegaraan ini dengan segera.

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga harus segera menghantar pasukan bergerak mereka ke Long Singut,” katanya, dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, sekiranya tidak menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, kita akan dituduh tidak prihatin dengan rakyat.

“Sekiranya kita tidak menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, kita boleh dituduh tidak mengambil berat (prihatin) sesama manusia dan kita akan kehilangan sumber daya manusia yang berharga kepada Malaysia,” katanya.

Oleh  JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: MIS SUMBANG RM1.5 JUTA
Next: Keselamatan, kesihatan diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.