Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 72 terima insentif STPM, 124 pelajar SMK Meradong ke universiti
  • PENDIDIKAN

72 terima insentif STPM, 124 pelajar SMK Meradong ke universiti

Utusan Sarawak 11 hours ago
TAHNIAH… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan insentif Perjalanan ke Universiti SMK Meradong 2025 dan sijil kecemerlangan kepada penerima.

BINTANGOR: Seramai 72 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima insentif dalam Majlis Penyerahan Insentif Perjalanan ke Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong 2025, yang berlangsung baru-baru ini.

Pada majlis sama, seramai 124 pelajar SMK Meradong turut diumumkan berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata pencapaian tersebut amat membanggakan kerana ia bukan sahaja hasil usaha gigih pelajar malah pengorbanan ibu bapa serta dedikasi guru-guru yang sabar membimbing.

TAHNIAH… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan insentif Perjalanan ke Universiti SMK Meradong 2025 dan sijil kecemerlangan kepada penerima.

“Kejayaan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti adalah suatu pencapaian yang amat membanggakan. 

“Perjalanan menuju universiti bukanlah mudah kerana ia menuntut pengorbanan masa, usaha tanpa jemu, sokongan daripada ibu bapa dan bimbingan guru. 

“Justeru itu, setiap kejayaan yang kita raikan hari ini adalah hasil usaha bersama,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, baru-baru ini. 

Katanya, insentif yang disampaikan adalah tanda penghargaan kecil tetapi sarat dengan mesej sokongan moral agar pelajar terus bersemangat menuntut ilmu.

“Insentif ini bukan hanya sekadar ganjaran material tetapi juga dorongan moral supaya anda melangkah ke universiti dengan keyakinan yang tinggi. 

“Masyarakat dan pemimpin setempat sentiasa bersama di sisi anda untuk memberi sokongan,” katanya.

TAHNIAH… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan insentif Perjalanan ke Universiti SMK Meradong 2025 dan sijil kecemerlangan kepada penerima.

Kuong Hiing turut merakamkan penghargaan kepada para guru yang dianggap tulang belakang kejayaan pelajar serta ibu bapa yang terus menjadi pendorong utama anak-anak mereka.

“Universiti adalah permulaan kepada perjalanan baharu. Di situlah anda akan mengasah potensi diri, membentuk kepimpinan dan membina masa depan. 

“Ingatlah, kejayaan tidak hanya diukur melalui sijil atau angka CGPA, tetapi juga melalui nilai murni, akhlak dan kemampuan anda menyumbang kepada masyarakat serta negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kelulusan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak bernilai RM150,000 untuk pemasangan penghawa dingin dewan dan menaik taraf prasarana bilik darjah SMK Meradong.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Mahathir Mahdini; Pengetua SMK Meradong, Poh Chie Teck dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Meradong, Tuai Rumah Cherida Igu.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMK Merbau tampilkan suasana pembelajaran kepada murid Tahun 6
Next: Tiada keperluan mansuh sistem matrikulasi, penuhi merit kemasukan ke universiti awam – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.