Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 712 pek bantuan makanan dihantar ke sembilan lokasi terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

712 pek bantuan makanan dihantar ke sembilan lokasi terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN makanan dihantar kepada mangsa banjir di Ulu Baram menggunakan bot bandung.

MARUDI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Marudi menghantar 712 pek bantuan makanan kepada sembilan lokasi yang terjejas banjir hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata penghantaran menggunakan bot bandung dan bergerak sekitar 10.30 pagi.

Menurut beliau agensi yang terlibat menghantar bantuan tersebut ialah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marudi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan Bomba.

KERJASAMA…Empat agensi beruniform berganding bahu menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Katanya penghantaran dijangka selesai diagihkan ke seluruh kawasan dalam masa dua hari dan anggota yang terlibat bersama agensi lain bermalam di Linei Bukit dan akan meneruskan penghantaran awal pagi esok.

Kawasan yang terlibat ialah SK Benawa Marudi sebanyak 40 pek, Linei Bukit Marudi (86 pek), Long Panai (264 pek), Long Ukok (74 pek), Long Pahlo (102 pek), Long Patan (74 pek), SMK Tutoh Apoh (48 pek), SK Long Lenei (14 pek) dan Klinik Kesihatan Long Panai (10 pek).
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan agenda pembangunan diteruskan
Next: Lima pertubuhan agih bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.