Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 66 maut, 430,000 hilang tempat tinggal akibat Taufan Kalmaegi landa Filipina
  • GLOBAL

66 maut, 430,000 hilang tempat tinggal akibat Taufan Kalmaegi landa Filipina

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang wanita di tengah-tengah arus banjir deras akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Kalmaegi di sebuah jalan di Bandar Canlaon, Negros Oriental, tengah Filipina. Foto AFP


MANILA: Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat kepada 66 orang dengan 26 lagi masih hilang dan lebih 430,000 penduduk dipindahkan, menurut agensi bencana negara pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sepuluh orang turut dilaporkan cedera dalam kejadian banjir dan insiden lain yang berpunca daripada taufan itu, yang membawa hujan lebat melanda 24 wilayah di tiga kawasan utama Filipina – Luzon, Visayas dan Mindanao.

Menurut amaran terkini pihak biro cuaca, taufan itu membawa angin berkelajuan maksimum 130 kilometer sejam dengan tiupan kuat sehingga 180 kilometer sejam ketika bergerak menjauhi pantai barat Filipina.

Ia bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 25 kilometer sejam dan dijangka keluar dari wilayah Filipina lewat Rabu atau Khamis ketika menuju ke Vietnam, menurut biro berkenaan.

Daripada jumlah korban, 49 kematian dilaporkan di wilayah Cebu yang teruk dilanda banjir besar, menurut agensi bencana. Pejabat Pertahanan Awam (OCD) berkata kematian itu berpunca daripada lemas, tanah runtuh dan tertimpa serpihan runtuhan.

Sebelas lagi kematian akibat banjir dan serpihan turut dilaporkan di wilayah Pulau Negros serta di wilayah Capiz, Bohol, Leyte dan Southern Leyte.

Di wilayah selatan Agusan del Sur, enam orang terbunuh apabila sebuah helikopter tentera yang dikerah untuk menilai kerosakan akibat taufan terhempas, menurut OCD.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, kata agensi bencana berkenaan.

Filipina dilanda purata kira-kira 20 taufan tropika setiap tahun dan antara yang paling dahsyat ialah Taufan Super Haiyan pada November 2013 yang meragut lebih 6,300 nyawa.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: 10 terbunuh dalam kebakaran Pusat Jagaan Warga Emas di BiH
Next: Pesawat C919 khas sempena Sukan Kebangsaan China ke-15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.