SIBU: Program Sukan Amal Aero BIGDAY Sarawak 2024 mendapat sambutan yang menggalakkan di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.
Program yang bermula seawal jam 6 pagi tadi, telah disertai oleh seramai 650 peserta.
Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.
Tiang dalam ucapannya berkata, program sukan amal Aero Bigday ini adalah yang terbesar sekali, sebelum ini ia diadakan di Miri dan hari ini buat pertama kalinya di Sibu.
“Terima kasih kerana datang awal pagi, saya tahu hari ini adalah Ahad, tetapi anda telah memilih untuk datang ke sini dan menyertai kami.
“Saya rasa hari ini adalah hari yang indah dan kita memilih bangun awal menyokong badan bukan kerajaan (NGO) Bantu Sarawak,” ujarnya.
Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, Bantu Sarawak adalah untuk membantu golongan memerlukan seperti kanak-kanak, masyarakat Penan dalam pendidikan mereka.
“Dan pada pagi ini anda semua menyertainya, marilah kita bergerak, sihat dan kuat serta sokong Bantu Sarawak.
“Dalam kita berseronok melakukan senamrobik, pada masa sama kita juga memberi sokongan Bantu Sarawak dengan semangat Agi Idup Agi Ngelaban,” katanya.
Oleh AKUN GIMAN
Gambar
RASMI….Tiang menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sukan Amal Aero BIGDAY Sarawak 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.