Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 65 petugas mahkamah jalani ujian saringan air kencing
  • Tengah
  • WILAYAH

65 petugas mahkamah jalani ujian saringan air kencing

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Seramai 65 orang petugas mahkamah, termasuk pegawai dan kakitangan, telah menjalani ujian saringan air kencing yang diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu baru-baru ini.

Menurut kenyataan AADK di laman Facebook, program tersebut bertujuan memastikan semua petugas mahkamah bebas daripada pengaruh dadah, sekali gus mengekalkan tahap integriti dan profesionalisme tertinggi dalam kalangan mereka.

“Langkah proaktif ini juga dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang elemen yang boleh menjejaskan kecekapan tugas, khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Kehadiran pegawai AADK dalam pelaksanaan saringan ini memastikan ia dilakukan secara telus, profesional dan berintegriti,” menurut kenyataan itu.

AADK menegaskan bahawa ujian saringan seperti ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan tahap disiplin dan integriti petugas mahkamah sentiasa berada pada tahap optimum.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Layang-Layang dihias indah setiap musim perayaan
Next: Program ‘Meet and Greet’ usaha polis banteras jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.