Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 63 peserta pelbagai agensi daki Bukit Kemuyang
  • WILAYAH

63 peserta pelbagai agensi daki Bukit Kemuyang

Utusan Sarawak 8 months ago
UNTUK ALBUM… Peserta aktiviti pendakian merakam kenangan bersama selepas selesai mendaki Bukit Kemuyang, baru-baru ini. 

SIBU: Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi telah menyertai aktiviti pendakian di Bukit Kemuyang, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu serta Boyak Bukit Hiker’s Sibo bermula pada 7.30 pagi dan berakhir 11.30 pagi itu, melalui laluan berbukit dengan jarak pendakian sejauh lima kilometer.

Menurut jurucakap penganjur, program tersebut bertujuan memupuk keseronokan dan inspirasi dalam kalangan masyarakat.

Ini terutamanya dalam aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi, selari dengan usaha membudayakan gaya hidup aktif melalui aktiviti seperti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal dan hiking.

Selain itu, katanya, program juga bertujuan menghargai dan menyokong masyarakat yang mengutamakan kesihatan, kecergasan fizikal, serta kecerdasan mental melalui pelbagai aktiviti riadah.

Jelasnya, program berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Fit Komuniti Peringkat Bahagian Sibu Bil. 1/2024.

Turut hadir pada acara tersebut, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Morni Ibrahim.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasangan suami isteri tersesat dalam hutan, ditemui selamat
Next: 25 petugas Pos Malaysia Sibu hadir ceramah TEKAD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.