Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 63 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

63 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
OPS Sapu dijalankan sekitar Bintulu. Foto: JIM Sarawak.

BINTULU: Seramai 63 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam Ops Sapu yang dijalankan di sekitar bandar ini.

Menurut JIM Sarawak, operasi tersebut dilaksanakan Unit Penguatkuasaan Imigresen Bintulu dengan kekuatan 34 anggota, hasil risikan serta maklumat awam.

Sepanjang operasi berkenaan sekitar 80 individu diperiksa di beberapa lokasi tumpuan pekerja asing.

Hasil pemeriksaan, 42 lelaki dan 21 wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Kesalahan yang dikesan termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Kesemua PATI berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada masa sama, JIM menasihatkan masyarakat khususnya majikan supaya tidak melindungi atau menggaji warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“Operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” ujar kenyataan itu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang ditemui selamat berhampiran Kampung Bunut
Next: 776 warga SMK Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.