Warga emas hilang ditemui selamat berhampiran Kampung Bunut

Facebook
WhatsApp
 SELAMAT…Warga emas yang dilaporakan hilang sejak Rabu lalu telah dijumpai selamat di pondok berhampiran Kampung Bunut, di sini, petang tadi. Foto IPD Mukah

MUKAH: Wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemui dalam keadaan selamat di pondok berhampiran Kampung Bunut, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa, Muhaini Jubaidi, 75, ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira 4.35 petang, kira-kira satu kilometer dari kediamannya.

“Syukur, mangsa dijumpai dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerima laporan mengenai kehilangan mangsa selepas dia gagal pulang ke rumah.

Berikutan laporan itu, usaha mencari dan menyelamat digerakkan serta hebahan kepada orang ramai turut dibuat bagi mendapatkan bantuan dan maklumat.

Menurut Muhamad Rizal, kerjasama masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penemuan mangsa.

“Pihak polis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas