Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 618 kawasan pulih, 674 masih dalam pemulihan
  • NASIONAL

618 kawasan pulih, 674 masih dalam pemulihan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- Penduduk di sekitar Bandar Baru Ampang dilihat semakin berkurang berbanding semalam untuk mengambil bekalan air yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setelah bekalan air paip semakin pulih di kebanyakan tempat ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini hari ini. Gangguan bekalan air berlaku selepas Air Selangor mengambil tindakan dengan melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif HORAS 600 dengan kapasiti 150 juta liter sehari dan pelepasan empangan sebanyak 500 juta liter sehari bagi pencairan bahan pencemaran yang terdapat di Sungai Selangor. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300 atau whatsapp di nombor 019-2816793 dan 019-2800919. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENDUDUK di sekitar Bandar Baru Ampang dilihat semakin berkurang berbanding semalam untuk mengambil bekalan air yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setelah bekalan air paip semakin pulih di kebanyakan tempat ketika tinjauan foto BERNAMA di Kuala Lumpur, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 618 kawasan atau 47.83 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang telah pulih sepenuhnya setakat 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan, berkata baki 674 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Beliau berkata Hulu Selangor mencatat peratusan pemulihan tertinggi setakat ini iaitu 94.1 peratus, diikuti Kuala Selangor (93.5 peratus), Petaling (57.2 peratus), Kuala Langat (50 peratus), Kuala Lumpur (41.3 peratus), Klang dan Shah Alam (24.2 peratus) serta Gombak (11.3 peratus).

“Air Selangor menasihati pengguna yang telah menerima bekalan air agar menggunakan secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan untuk kawasan masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan,” katanya yang turut memohon orang ramai memberi kerjasama kepada petugas agensi itu.

Air Selangor juga akan memaklumkan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang agensi berkenaan.- Bernama 

Continue Reading

Previous: JENDELA beri liputan internet lebih baik
Next: PKPP: Masih ramai ingkar jarak fizikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.