Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 608 penduduk di Long Bemang masih terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

608 penduduk di Long Bemang masih terjejas banjir

Utusan Sarawak 7 hours ago
MASIH BANJIR…Keadaan banjir di Kampung Long Bemang, Baram yang masih menjejaskan 608 penduduk daripada 103 rumah apabila paras air kekal pada tahap 0.91 meter hari ini.

MIRI: Seramai 608 penduduk daripada 103 rumah di Kampung Long Bemang, Baram masih terjejas akibat banjir yang melanda kawasan itu sejak Jumaat lepas.

Menurut laporan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang, paras air setakat 3.25 petang hari ini berada pada paras lebih kurang 0.91 meter menunjukkan trend tidak berubah, manakala cuaca dilaporkan mendung.

Banjir yang memasuki hari ketiga itu dipercayai berpunca daripada hujan berterusan selain kedudukan sebahagian rumah penduduk yang berhampiran aliran sungai.

Walaupun paras air masih tinggi, tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan setakat ini dan semua penduduk masih berada di kediaman masing-masing.

Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas serta memantau perkembangan paras air dari semasa ke semasa.

Penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk atau paras air terus meningkat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Peruntukan tambahan diperlukan untuk projek bekalan elektrik Kampung Lubuk Bidai
Next: 1.5 tan sisa dikutip dalam Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.