Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 60 murid terpilih sertai program anjuran bersama LCDA, TBS
  • TEMPATAN

60 murid terpilih sertai program anjuran bersama LCDA, TBS

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Seramai 60 murid dari tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik, SK Pulo Ulu dan SK Matu Baru di sini telah terpilih bagi menyertai program Jom Kembali Ke Sekolah.

Program ini adalah anjuran Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang menandakan bermulanya sesi persekolahan 2025.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Besar LCDA, Kusyairi Bostani di SK Gersik, Kampung Gersik di sini, hari ini

Program ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan yang bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. 

Bantuan yang dihulurkan oleh LCDA berbentuk baucer berjumlah RM200 untuk setiap pelajar bagi pembelian peralatan sekolah seperti pakaian, stokin, kasut dan alat tulis. 

Sementara itu, Tabung Baitulmal pula menyediakan bantuan beg sekolah dan peralatan tulis

LCDA dan Tabung Baitulmal Sarawak merancang untuk memperluaskan lagi program ini pada masa depan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, dan swasta bagi membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, program itu juga dapat mengeratkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan Projek Darul Hana dengan penduduk-penduduk Kampung Seberang Hilir.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hazali Madihi, Ketua Bahagian Agihan Mohamat Shukri Samor, Tabung Baitulmal Sarawak, Saiful Bahari, dan Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat LCDA Amra Ramly.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak masih mengejar KPI Projek Kritikal Sifar – Cassidy
Next: Tumbukan Emas, buka lembaran baharu sukan tinju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.