6 maut pesawat ambulans terhempas di Chile

Facebook
WhatsApp
SEORANG pekerja kecemasan menyediakan dron untuk mencari pesawat ambulans yang hilang di komune Curacavi, Wilayah Metropolitan, Chile pada 8 Mei 2025. Pekerja penyelamat di Chile sedang mencari di kawasan pergunungan tengah untuk mencari ambulans udara yang terhempas membawa enam orang, kata pihak berkuasa penerbangan awam. FOTO AFP

SANTIAGO: Sebuah pesawat ambulans kecil yang membawa enam orang dan terputus hubungan pada Rabu ketika dalam penerbangan dari tengah ke utara Chile telah ditemukan terhempas tanpa ada mangsa yang terselamat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Tentera Udara Chile (FACH) melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemukan di bandar Curacavi di pinggir Santiago.

FACH berkata pihaknya telah mengerahkan anggota dan aset sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu dan bekerjasama rapat dengan agensi lain dalam operasi mencari.

Menurut Direktorat Am Aeronautik Awam, pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Santiago ke bandar Arica di utara negara itu apabila ia hilang daripada radar pada petang Rabu.

Pejabat Pendakwa Raya bersama pasukan penyelamat kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.– Bernama-Xinhua