Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 58 saat kawal api marak, kereta musnah terbakar
  • KEBAKARAN

58 saat kawal api marak, kereta musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas sebuah kereta yang musnah terbakar 100 peratus di Jalan Matang FAC, Kuching, pagi tadi.
 

KUCHING: Sebuah kenderaan jenis Perodua Alza musnah dalam kebakaran di Jalan Matang FAC, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8:24 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohamad Nizam Bujang, sebaik tiba di lokasi pada 8.42 pagi, pasukan mendapati kenderaan tersebut sedang marak terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 100 peratus.

Pasukan bomba segera menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera dengan sumber air dari tangki jentera. 

Api berjaya dikawal pada 9.00 pagi sebelum operasi ditamatkan sepuluh minit kemudian.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas pemilik rumah kedai berjaya elak kebakaran lebih serius
Next: Impian sambut Aidilfitri di rumah baharu tidak kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.