Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 55 pain darah berjaya dikumpul sempena Hari Penderma Darah Sedunia
  • Tengah
  • WILAYAH

55 pain darah berjaya dikumpul sempena Hari Penderma Darah Sedunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DARAH- SIJIL PENGHARGAAN….Wong Siew Hung (lima kanan) dan Wong Ching Ngie (enam kiri) menyerahkan Sijil Penghargaan kepada penderma darah, disaksikan oleh Senator Roderick Wong Siew Lead (enam kanan).

SARIKEI: Sebanyak 55 pain darah berjaya dikumpul dalam kempen derma darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2025, semalam. 

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Sarikei berkata, kempen tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara pihaknya dengan Persatuan Life Care Sarikei, Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei dan Persekutuan Persatuan Xing Yang Zheng Sarawak (Bahagian Belia).

“Kempen ini dijalankan di salah sebuah restoran semalam dan disambut baik oleh masyarakat setempat yang tampil secara sukarela untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa.

“Ia bukan sahaja bertujuan memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, malah sebagai platform menggalakkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat.

“Pendermaan darah merupakan satu tindakan kemanusiaan yang memberi harapan dan menyelamatkan nyawa. Ia juga mencerminkan semangat solidariti serta kepedulian sosial dalam komuniti kita,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Tambahnya, sambutan tahun ini bertemakan “Give Blood, Give Hope: Together, We Save Lives”, bertepatan dengan matlamat memperkukuh kesedaran mengenai keperluan darah dan menggalakkan pendermaan secara konsisten.

“Kempen juga bertujuan mempromosikan nilai perpaduan dan belas ihsan melalui tindakan menderma darah, di samping menyampaikan mesej penting bahawa masih tiada pengganti buatan untuk darah manusia.

“Kami menyeru agar lebih ramai penderma baharu tampil secara berkala agar sistem kesihatan sentiasa bersedia menghadapi keperluan kecemasan seperti untuk digunakan oleh pesakit kanser, talasemia, mangsa kemalangan dan wanita bersalin yang mengalami pendarahan serius,” katanya. 

Turut hadir Senator Roderick Wong Siew Lead, Pengerusi Persatuan Life Care Sarikei, Wong Ching Ngie, Pengerusi Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei, Lei Ko Kien dan Setiausaha Kehormat PBSM Cawangan Sarikei, Wong Siew Hung. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sembunyi bawah sofa berjaya ditangkap
Next: 50 NGO Repok terima peruntukan MRP bagi sokong aktiviti tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.