53 kenderaan, 62 individu diperiksa dalam Op Bersepadu IPD Bau

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Bau. Foto FB Polis IPD Bau

BAU: Sebanyak 53 kenderaan dan 62 individu diperiksa menerusi Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, semalam.

Operasi melibatkan kekuatan 10 pegawai dan anggota itu memberi tumpuan kepada rondaan, pemeriksaan serta usaha pencegahan jenayah di sekitar daerah ini.

Sepanjang operasi, lima saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk tiga kes mengubah suai ekzos serta masing-masing satu kes cukai jalan tamat tempoh dan tidak memiliki lesen memandu.

ANTARA kenderaan yang diperiksa anggota polis dalam operasi pencegahan jenayah di sekitar daerah Bau. Foto FB Polis IPD Bau

Rondaan turut dilaksanakan bagi mencegah kejadian kecurian kenderaan dan kabel telekomunikasi, selain pemantauan di kawasan Singai dan Serikin.

Operasi berkenaan berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

IPD Bau akan terus mempergiatkan rondaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah berkenaan sentiasa terpelihara.