Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 528 penerima terima sumbangan bakul makanan sempena Krismas di Lundu  
  • Selatan
  • WILAYAH

528 penerima terima sumbangan bakul makanan sempena Krismas di Lundu  

Utusan Sarawak 6 months ago

LUNDU: Seramai 528 penerima dari lapan kampung di sekitar kawasan Lundu menerima sumbangan bakul makanan sempena perayaan Hari Krismas yang bakal disambut 25 Disember ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, inisiatif PSSS memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan sosial yang menyeluruh kepada kumpulan sasar di kawasan luar bandar.

“Penduduk kampung di sekitar kawasan ini berpeluang menerima perkhidmatan secara langsung yang disediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) beroperasi di Kampung Pueh Sematan dan Kampung Rayu Iban, di sini.

“Kehadiran PSSS dalam program ini mencerminkan komitmen KPWKM untuk memperluaskan akses perkhidmatan sosial kepada semua golongan masyarakat, tanpa mengira lokasi mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha berkenaan digerakkan menerusi Program Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Kamek Nengar, Kamek Nulong” berlangsung di dua lokasi kampung terlibat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan PSSS ialah kaunseling, rujukan perkhidmatan sosial, dan sokongan tambahan bagi kumpulan rentan. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Melanau perlu penglibatan semua peringkat untuk terus aktif, berkembang
Next: Ular tedung menyelinap dalam tandas rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.