Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 513 kanak-kanak TABIKA, TASKA KEMAS dirai di Hari Apresiasi Parlimen Kota Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

513 kanak-kanak TABIKA, TASKA KEMAS dirai di Hari Apresiasi Parlimen Kota Samarahan

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERBAIK….Datuk Rubiah Wang merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain, ibu bapa, pendidik dan kanak-kanak pada Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2025 yang berlangsung meriah, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Seramai 513 kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS dari seluruh Parlimen Kota Samarahan diraikan dalam Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2025 yang berlangsung meriah, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang juga Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, yang menyifatkan program berkenaan sebagai pengiktirafan penting terhadap potensi dan perkembangan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, usia seawal dua hingga enam tahun merupakan tempoh kritikal dalam membentuk hala tuju, minat, kecenderungan serta tingkah laku anak-anak, selain membina keperibadian dan sahsiah mereka sejak kecil.

“KEMAS sentiasa komited menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik dan berkualiti, selaras dengan keperluan semasa ibu bapa serta perkembangan menyeluruh anak-anak,” katanya ketika berucap.

Rubiah turut memaklumkan bahawa KEMAS kini diiktiraf sebagai antara penyedia pendidikan awal kanak-kanak terbaik di Malaysia, dibuktikan melalui Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna, yang dimenangi sebanyak enam kali sejak 2017, 2020, 2022, 2023, 2024 dan 2025.

Pengiktirafan tersebut, jelasnya, dinilai berdasarkan pelbagai aspek termasuk kualiti, inovasi, mutu perkhidmatan, tanggungjawab sosial serta keupayaan KEMAS memahami keperluan sebenar ibu bapa dan kanak-kanak.

Beliau menambah, tenaga pengajar KEMAS diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan, selain penambahbaikan silibus berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) melalui pelaksanaan pendidikan STREAM di TABIKA KEMAS.

KENANGAN…Datuk Rubiah Wang merakam gambar kenangan bersama kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS pada Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2025 yang berlangsung meriah, hari ini.

Di TASKA pula, Modul PERMATA Negara terus menjadi asas pembentukan perkembangan menyeluruh kanak-kanak, di samping usaha pendigitalan melalui pelaksanaan e-RPH bagi TABIKA dan e-RPA bagi TASKA.

Rubiah turut menyentuh kejayaan Program Pra Tahfiz TABIKA KEMAS yang dilancarkan pada 7 November 2023, menyasarkan kelahiran 100,000 huffaz cilik menjelang 2026, dengan penekanan kepada hafazan 38 surah dari Juzuk 30 al-Quran.

“Sehingga kini, seramai 4,516 huffaz cilik TABIKA KEMAS telah dilahirkan di 27 Parlimen di seluruh Sarawak, sekali gus membuktikan potensi besar anak-anak untuk terus digilap,” katanya.

Dalam sidang media selepas majlis, beliau turut mengumumkan bahawa satu lagi program tahfiz di peringkat TASKA, dikenali sebagai Program Thalatha Tis’a, akan diperkenalkan tahun hadapan bagi melahirkan generasi celik al-Quran seawal usia dua tahun.

Selain itu, bermula Januari 2026, KEMAS Samarahan bakal merintis laluan bagi KEMAS Sarawak dengan menyediakan pendidikan awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas Spektrum Autisme melalui penubuhan TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS di Kampung Tanjung Bundong, Lot Fasa 3.

Langkah ini, tegas beliau, bertujuan memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: BBP Lutong cerminan perpaduan rakyat Sarawak
Next: 30 kanak-kanak Tabika Kemas lawat BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.