Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 51 individu diberkas bertaruh berjumlah RM19.44 juta
  • NASIONAL

51 individu diberkas bertaruh berjumlah RM19.44 juta

Utusan Sarawak 4 years ago

JOHOR BAHRU, 28 Jun -- Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) bersama Ketua Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad (dua, kanan) menunjukkan komputer, komputer riba,router, modem, wang tunai dan jadual kejohanan UEFA EURO 2020 yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Beliau seramai 51 individu yang berumur 18 hingga 54 tahun termasuk dua wanita diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut yang berjumlah RM19.44 juta menerusi 40 serbuan di sekitar negeri ini pada 10 hingga 26 Jun lepas. ??--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

BERKAS… Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) bersama Ketua Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad (dua, kanan) menunjukkan komputer, komputer riba,router, modem, wang tunai dan jadual kejohanan UEFA EURO 2020 yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seramai 51 individu diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pertaruhan judi kejohanan UEFA EURO 2020 berjumlah RM19.44 juta menerusi 40 serbuan di sekitar negeri ini pada 10 hingga 26 Jun lepas. 

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu berumur 18 hingga 54 tahun termasuk dua wanita itu, ditahan menerusi Op Soga hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta aduan dan maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, kesemua individu warga tempatan yang ditahan merupakan ejen atau ‘bookie’ sindiket pertaruhan dalam talian dengan menggunakan 20 laman web pertaruhan judi yang beroperasi di luar negara.

 Ayob Khan berkata, antara yang dirampas menerusi serbuan tersebut ialah wang tunai berjumlah RM35,112, sebanyak 71 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 67 keping kad sim, 15 helai kertas catatan rekod pertaruhan, dua jadual perlawanan UEFA EURO dan empat komputer riba.

Katanya, kesemua individu terbabit ditahan reman antara dua hingga empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.

 — Bernama

Continue Reading

Previous: Jumlah kes Covid-19 daripada sektor perkilangan, pembuatan
Next: CITF luluskan sektor perladangan, komoditi dalam PPVI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.