Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 500 ahli Bersatu Bahagian Kota Raja isytihar keluar parti
  • NASIONAL

500 ahli Bersatu Bahagian Kota Raja isytihar keluar parti

Utusan Sarawak 5 years ago
BEBERAPA ahli Bersatu Bahagian Kota Raja isytihar keluar parti. • Foto BERNAMA

SHAH   ALAM: Sebanyak 15 daripada 17 ahli jawatankuasa (AJK) dan 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Raja di Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun,   langkah 15 AJK itu   tidak   termasuk ketua bahagiannya,   Wan Dzahanurin Ahmad dan Timbalan Ketua Cawangan Taman   Sri Andalas 1, Shahril Othman.

Pengumuman keluar parti tersebut dibuat oleh jurucakap bahagian itu, Shahrul Hameed Abdul Wahab pada sidang media khas, di sini, semalam.

Semalam,   Ahli   Dewan   Undangan   Negeri (ADUN) Jeram, yang   juga   Ketua   Bahagian   Bersatu   Kuala Selangor, Mohd   Shaid   Rosli   mengumumkan   keluar   daripada   parti   berkenaan   serta-merta   dan   bergerak   sebagai   wakil   rakyat   bebas.

Turut mengumumkan keluar parti adalah   Ketua   Bahagian   Bersatu   Klang   Datuk   Syed   Abdillah   Syed   Abd Aziz. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan PKP, ‘keputusan besar dan berani’
Next: Lompat parti: Perlu pinda Perlembagaan Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.