47 warga IPD Bau sertai kursus AI sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2026

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
WARGA IPD Bau mendalami kemahiran kecerdasan buatan (AI).

BAU: Seramai 47 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menyertai Kursus Kecerdasan Buatan (AI) bagi Penyediaan Pembentangan Berkesan yang diadakan di Kolej Komuniti Mas Gading semalam sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2026.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, peserta terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta kakitangan awam PDRM yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang AI agar seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Beliau berkata, program itu bertujuan memperkasa pengetahuan dan kemahiran warga IPD Bau dalam memanfaatkan teknologi AI bagi menghasilkan pembentangan yang lebih profesional, kreatif dan berkualiti, di samping meningkatkan kecekapan penyediaan laporan serta tugasan rasmi.

POLIS Bau mengikuti perkembangan teknologi terkini.

“Sepanjang kursus, peserta diperkenalkan dengan pelbagai aplikasi AI seperti Canva AI, NotebookLM, Napkin AI, ChatGPT, Gamma AI serta beberapa ejen AI yang mampu membantu menghasilkan kandungan pembentangan, menganalisis dokumen, menjana rumusan, menghasilkan infografik dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja,” katanya.

Mohd Haide berkata, peserta turut mengikuti sesi latihan secara berkumpulan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan pelbagai alat AI dalam menyediakan pembentangan yang lebih tersusun, kreatif dan berimpak untuk kegunaan harian.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kompetensi digital dalam kalangan warganya selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam, sekali gus melahirkan pegawai dan anggota yang berpengetahuan, inovatif serta bersedia menghadapi cabaran era teknologi masa kini.

“AI bukan lagi sekadar teknologi masa hadapan, sebaliknya satu kemahiran penting pada masa kini yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

49 pelajar cemerlang SPM SMK Pujut diraikan

MIRI: Kejayaan 49 pelajar SMK Pujut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mendapat pengiktirafan sebagai pembakar semangat