Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 46 warganegara asing antara 86 orang diperiksa Jabatan Imigresen
  • JENAYAH

46 warganegara asing antara 86 orang diperiksa Jabatan Imigresen

Utusan Sarawak 7 months ago
TAHAN… Pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di beberapa lokasi pada 6 November lalu mendapati seramai 46 warganegara asing antara 86 orang diperiksa dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

MIRI: Seramai 46 warganegara asing antara 86 orang yang diperiksa dan ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, baru-baru ini atas pelbagai kesalahan.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak 13 lokasi telah diperiksa di Niah dan Bekenu, membabitkan pemeriksaan terhadap seramai 86 orang.

“Daripada jumlah yang diperiksa tersebut, seramai 46 individu warganegara asing terdiri daripada 35 lelaki dan 11 wanita telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Antara lokasi serbuan yang melibatkan jumlah tangkapan terbesar adalah di Tamu Simpang Bekenu (14 orang), Pasar Batu Niah (7 orang) dan Simpang Ngu Niah (6 orang),” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan itu telah dilakukan oleh sepasukan anggota terdiri daripada Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Bahagian Miri telah diatur gerak ke beberapa lokasi di sekitar Niah dan Bekenu, 6 November lalu.

Tambahnya lagi, antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Kesemua kes merupakan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, ujarnya, dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat terus ke Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan atau melalui saluran aduan online sedia ada seperti yang tertera di ruangan komen.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular
Next: Maritim tahan bot Indonesia, 3 kru kerana tangkap ikan di zon negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.