Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 46 individu berjaya dapatkan kad konsesi, pas 30 hari BAS.MY Kuching
  • SEMASA

46 individu berjaya dapatkan kad konsesi, pas 30 hari BAS.MY Kuching

Utusan Sarawak 3 months ago
MICHAEL Kong menyerahkan kad konsesi kepada pesara, Afandi Nordin sebagai simbolik penerima pertama kad konsesi BAS.MY Kuching, hari ini.

KUCHING: Seramai 46 individu telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan kad konsesi dan pas 30 hari bagi menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kuching, hari ini.

Menurut Pengarah Biaramas Express (Bus Asia) Sdn. Bhd., Lai Sin Kiong, kaunter pendaftaran dibuka sepanjang bulan ini kepada orang ramai di Open Air Market bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Selepas tempoh tersebut, pemohon boleh membuat pendaftaran di pejabat Bus Asia yang terletak berhadapan dengan lampu isyarat Open Air Market.

“Pada hari pertama pembukaan kaunter hari ini, seramai 46 orang pemohon telah berjaya mendaftar,” katanya menerusi kenyataan media Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, hari ini.

PENGERUSI Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar pas 30 hari.

Sebagai usaha menyokong operasi perkhidmatan ini, Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian, turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar pas 30 hari.

Kong pada masa sama turut menyerahkan kad konsesi kepada pesara, Afandi Nordin sebagai simbolik penerima pertama kad konsesi BAS.MY Kuching.

MICHAEL Kong Feng Nian (dua, kanan), Cornelia Wong Chui (dua, kanan), dan Lai Sin Kiong (kanan) merakam kenangan pada hari pertama kaunter perkhidmatan BAS.MY Kuching dibuka di Open Air Market, pagi tadi.

Turut bersama Kong melakukan tinjauan sesi pendaftaran tersebut, Pengarah LPKP Sarawak, Cornelia Wong Chui.

Untuk rekod, perkhidmatan BAS.MY Kuching telah telah memulakan operasi sejak 5 Mac lalu di Laluan Q10 (Open Air Market – Serian).

BAS.MY Kuching merupakan penjenamaan semula Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti atau Stage Bus ServiceTransformation (SBST) di bawah inisiatif Kerajaan Persekutuan yang akan dilaksanakan secara berfasa sehingga April depan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan di Sarawak hingga Khamis ini
Next: Pergerakan Wanita PBB susun strategi, perkukuh jentera setiap peringkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.