Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 45 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Belaga
  • KEBAKARAN

45 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Belaga

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN tapak rumah pekerja yang tinggal hanya rangka dan abu selepas insiden kebakaran, petang semalam. Foto PGO JBPM Sarawak

BELAGA: Seramai 45 penghuni kehilangan tempat berteduh apabila satu blok rumah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Asap musnah dalam kebakaran yang berlaku, petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 112 kilometer melalui jalan balak.

“Kebakaran melibatkan sebuah blok rumah pekerja tidak kekal melibatkan 14 pintu, dan keseluruhan struktur terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kesemua penghuni termasuk warga tempatan dan bukan warganegara berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Tiada tindakan pemadaman dijalankan kerana api telah padam sepenuhnya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan nyalaan semula di kawasan kejadian.

Operasi dilaporkan terkawal pada 7.10 malam dan tamat sepenuhnya, 7.25 malam.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba padam kebakaran di menara telekomunikasi, elak kerosakan teruk
Next: Kilang plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Yong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.