Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 43 KIR terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

43 KIR terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU:Seramai 43 Ketua Isi Rumah (KIR) keluarga pekerja kuari di Jalan Sungai Tanyit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin telah menerima bantuan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Proses pengagihan bantuan tersebut yang berlangsung semalam yang dilakukan oleh Penghulu Andrewson Ngalai Asom dan Tuai Rumah Siba Tulu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, kesemua penerima bantuan tersebut adalah KIR yang telah didapati tercicir sebelum ini.

“Sebelum ini, pihak jawatankuasa pengagihan bantuan tersebut hanya menghantar bantuan kepada seramai 27 KIR yang tercicir,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.

Katanya, pihaknya akan meneruskan pengagihan bantuan makanan kepada KIR yang tercicir berdasarkan senarai.

“Bagi mereka yang tercicir dan belum melaporkan diri diminta segera menghantar senarai nama dan menghubungi penghulu di kawasan masing-masing.

“Usaha ini sangat penting bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Gira menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.

Katanya, pematuhan itu penting bagi memutuskan rangkaian virus Covid-19.

“Semangat kerjasama daripada anda semua amat penting bagi memastikan virus berbahaya itu terus hilang demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat negara ini,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Golongan asnaf terima 500 bakul makanan
Next: Operasi Pasar Tamu Saratok lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.